Pada hari yang biasa itu, aku terjumpa sebutir permata
Permata itu aku nampak di bahu sebatang jalan
Aku ambil dan aku bawanya pulang
Permata itu permukaannya kasar, tidak seperti yang terpapar di kedai-kedai
Aku cuba sedaya upaya untuk mencantikkannya
Agar permata itu menjadi seperti yang terpapar di kedai-kedai
Aku berjaya merubahnya menjadi sesuatu yang tidak ternilai harganya
Aku jaga dengan elok
Setiap hari aku berusaha memperkemas hasil usaha aku yang sebelumnya
Dan sekali lagi aku berjaya
Namun pada suatu hari, semasa emosi sedang merajai diri
Aku campak permata itu ke dinding
Hancur berkecai menjadi serpihan-serpihan halus
Aku hancurkan segala yang aku telah usahakan
Kerana emosi merajai diriku
Setelah itu aku berkata kepada diriku
“You fool, how can you break that very precious diamond just like that?
After what you did to fix it, you just break it.
You such a moron”
Akhirnya aku terpaksa menelan kepahitan yang teramat
Permata itu telah hancur
Dan tiada apa yang dapat mengembalikannya kepada permata yang aku pernah jumpa satu ketika dulu ..
p/s : hargailah pada PERMATA yang ade dengan kamo sekarang . ;D

No comments:
Post a Comment